Mohd. Rafiq akur keputusan PN - Utusan Malaysia

Mohd. Rafiq akur keputusan PN

MOHD. RAFIQ NAIZAMOHIDEEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen menyokong pencalonan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon ketua menteri parti itu.

Beliau berkata, kesemua jentera parti perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan PN di 28 kerusi ditandingi.

“Sebagai orang parti dan juga pemimpin parti, semua pihak harus menghormati keputusan yang dibuat kepemimpinan politik Bersatu dan juga Majlis Tertinggi PN.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sebagai Pengerusi PN Melaka memberikan sokongan sepenuhnya kepada keputusan tersebut.

“Dan saya minta dan mohon semua jentera PN seluruh negeri Melaka bekerja keras bagi kemenangan calon-calon PN di semua kerusi yang ditandingi,” katanya selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Khairiah Telok Mas di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Rafiq yang juga calon PN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas menolak spekulasi mendakwa beliau tidak dicalonkan kerana penolakan daripada Bersatu.

“Saya fikir itu hanya spekulasi sahaja, saya konsisten sejak semalam selepas dipanggil atau mendapat tahu keputusan dibuat oleh pucuk kepemimpinan.

“Sebaik sahaja mendapat tahu saya meneruskan kempen-kempen saya di Telok Mas.

“Fokus saya sebagai calon di sini tidak hilang bahkan jadual saya terus padat sehingga pukul 12 malam ini,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×