Minta maaf, jemputan kami sangat terhad dan SOP yang ketat -Haqiem Rusli - Utusan Malaysia

Minta maaf, jemputan kami sangat terhad dan SOP yang ketat -Haqiem Rusli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal, Haqiem Rusli yang bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Anis Sofea, memohon maaf buat mana-mana kenalan yang tidak menerima jemputan perkahwinannya, pada hari ini.

Menurut Haqiem, dia terpaksa menghadkan jumlah jemputan yang hadir atas faktor prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu popular Tergantung Sepi itu memaklumkan perkara berkenaan di Instastory miliknya.

“Saya nak minta maaf jika ada rakan-rakan yang tidak dapat dijemput untuk majlis esok.

“Ia atas sebab jemputan kami sangat terhad dan SOP yang ketat.

“Oleh kerana itu, tidak dapat menjemput semua dan kami lebihkan keluarga serta saudara mara,” kongsinya di Instagram.

Dalam pada itu, Haqiem sempat berkongsi persiapan majlis perkahwinannya yang dilihat serba putih.

Sebelum ini, penyanyi tersebut telah mengejutkan para peminatnya selepas mengumumkan bakal bernikah pada hari ini, ketika siaran langsung Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABP34).

Difahamkan, gadis yang berjaya memikat hatinya itu baru berusia 19 tahun dan berasal dari negeri Kelantan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya