JAKARTA: Pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Miller Khan selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Farina Rebecca.
Menerusi entri Instagram, Miller berkongsi berita gembira tersebut selepas memuat naik beberapa hantaran gambar perkahwinan bersama isteri tercintanya.
Dia dan isteri dilihat sepadan mengenakan busana tradisional Betawi, menerusi entri tersebut.
Memetik laporan Liputan 6, pasangan dua sejoli itu selamat diijab kabulkan pada tanggal 10 November lepas, yang diadakan di Conrad, Bali, Indonesia.
Khabar gembira berkenaan juga dikongsikan oleh adiknya yang juga pelakon, Isa Khan dan kakaknya, Sabrina Ali Khan, menerusi hantaran di Instastory mereka.
“Alhamdulillah, akhirnya abang saya kahwin! Tahniah abang, semoga Allah memberi rahmat buat awak dan isteri. Sayang awak, abang,” coret Isa Khan di Instastory.
“Alhamdulillah, syukur. Semoga kekal sehingga Jannah. Amin,” tulis juga Sabrina di Instastory.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminatnya menitipkan ucapan tahniah selain mendoakan agar pasangan tersebut kekal sehingga ke syurga Allah.
“Bahagia sehingga jannah ya idolaku” komen seorang peminatnya.
“Selamat menempuh kehidupan baru abang Miller, semoga menjadi keluarga sakinah,” komen lagi seorang peminatnya.