Memang hadap perhatian ke? - Utusan Malaysia

Memang hadap perhatian ke?

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ingat tak kawan Poklip pernah mengadu tentang perangai seorang artis yang berpura-pura konon wartawan salah menulis kenyataannya? Padahal dia yang beria-ia cerita tetapi tup tup cakap salah.

Masih ingat? Bagus. Baru-baru ini ada lagi seorang kawan Poklip mengadu tentang seorang penyanyi lelaki pula. Modus operandi sama. Bila temu bual bukan main rancak bercerita, tapi bila artikel keluar marah.

Kisahnya, kawan Poklip ada menghadiri sebuah majlis pelancaran program baharu. Penyanyi itu salah seorang artis yang terlibat dengan program tersebut. Disebabkan dia sudah lama mendiam diri, maka ramailah wartawan yang mendekati.

Semasa sesi itu, dia okay sahaja. Tidak ada satu permintaan untuk merahsiakan apa-apa. Kalau pun dia tidak selesa dengan soalan wartawan, dia mempunyai hak untuk menolak dengan baik.

Tetapi tidak ya. Dia senang menjawab walaupun soalan melibatkan kisah lampaunya. Tidak ada off record atau mohon jangan tulis yang keluar daripada mulutnya. Jadi pastinya itu menjadi tajuk berita.

Tup tup marah. Marah sebab apa pun tak tahu tahu. Bukankah dia yang beria menjawab semua soalan tak kira pedas ke sensitif ke. Laju sahaja menjawab. Jadi bukan salah wartawan lah kalau menulis semula kenyataannya.

Lagipun dia bukan sehari dua bergelar artis. Sudah hampir sedekad. Malah namanya juga tidak asing dalam dunia kontroversi. Jadi kenapa gelabah tak tentu hala. Pelik sungguh!

Sebab itu, kena berhati-hati bila menjawab soalan. Kalau rasa tak boleh dan tak perlu, cakap dengan baik. Jangan pula mengamuk tak tentu pasal. Itu lagi buruk perangai. Ada ya artis begitu. Takut!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya