Melaka mengundi: Ismail Sabri hadir Pusat Gerakan BN - Utusan Malaysia

Melaka mengundi: Ismail Sabri hadir Pusat Gerakan BN

ISMAIL Sabri Yaakob hadir ke Pusat Gerakan BN di Ayer Keroh bagi melihat sendiri keputusan terkini PRN Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir ke Pusat Gerakan Barisan Nasional (BN) di Ayer Keroh bagi melihat sendiri keputusan terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau tiba di sini pada pukul 7.30 petang dan disambut dengan tepukan penyokong BN.

Para pemimpin dan penyokong BN mula berkumpul di situ bagi menanti keputusan PRN Melaka.

Antaranya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mereka menanti keputusan penuh melibatkan 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN