Media masih tidak memberi ruang kepada pembangkang - Utusan Malaysia

Media masih tidak memberi ruang kepada pembangkang

ANWAR Ibrahim menyampaikan ucapan pada Sesi Townhall Undi18 di Bangunan SUK di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Media arus perdana di negara ini dianggap masih meminggirkan suara daripada pembangkang apabila tidak memberikan ruang yang cukup kepada parti lain terutama Pakatan Harapan (PH) untuk muncul terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Perkara itu ditegaskan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaklumkan media masih belum bersedia memberikan ruang sama rata kepada pembangkang dan menganggapnya sebagai dikuasai oleh kerajaan.

“Media baharu seperti media sosial memang tidak dinafikan tertumpu kepada PH.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun media utama yang dikuasai kerajaan, walaupun mereka menyebut ada, akan memberi ruang tetapi belum berlaku,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Townhall Undi18 di Bangunan SUK di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kempen PRN Melaka berlangsung hampir seminggu namun tiada perubahan dari segi dasar kerajaan (ruang untuk pembangkang berkempen di media utama).

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menggesa kerajaan dan media mempertimbangkan ruang kepada PN untuk diperkenalkan menerusi TV supaya satu layanan yang adil dan saksama diberikan kepada semua parti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×