MBPJ buka kaunter bergerak baharui lesen perniagaan 2022 -

MBPJ buka kaunter bergerak baharui lesen perniagaan 2022

MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya akan membuka kaunter bergerak untuk memperbaharui lesen perniagaan di beberapa lokasi di sekitar Petaling Jaya bermula 11 November 2021 hingga 31 Disember 2021. UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan membuka kaunter bergerak di beberapa lokasi di sekitar Petaling Jaya bermula 11 November 2021 hingga 31 Disember 2021.

Pembukaan kaunter bergerak ini merupakan usaha Majlis untuk mengurangkan kesesakan di kaunter Menara MBPJ.

Di samping itu, usaha ini dapat memberi kemudahan kepada pemegang lesen untuk memperbaharui lesen di lokasi pilihan yang berhampiran dengan kediaman atau premis masing-masing.

Bagi pemegang lesen usahawan mikro (penjaja) diingatkan untuk hadir sendiri dan membawa kad pengenalan untuk proses imbasan cap jari.

Berikut adalah jadual Kaunter Bergerak Pusat Beli Belah dan Lesen Usahawan Mikro di lokasi-lokasi seperti berikut:

IPC Shopping Centre (11 & 12 November 2021)

Paradigm Mall (17 & 18 November 2021)

1 Utama Shopping Centre (24 & 25 November 2021)

The Curve (1 & 2 Disember 2021)

Starling Mall (7 & 8 Disember 2021)

Damansara (15 & 16 Disember 2021)

Jaya Shopping Centre (22 & 23 Disember 2021)

Amcorp Mall (30 & 31 Disember 2021)

Pasar Malam Seksyen 17/ 1A  (9 November 2021)

Pasar Malam SS8, Sg. Way (15 November 2021)

Pasar Malam Taman Medan PJS 2D (18 November 2021)

Pasar Malam Medan 9 (24 November 2021)

Pasar Malam SS2/60, SS 2/61 (29 November 2021)

Lorong Masjid 1, Kayu Ara (2 Disember 2021)

Jalan TSB 9 (7 Disember 2021)

Pasar Pagi SS 2/62 (15 Disember 2021)

Pasar Jalan Othman (21 Disember 2021)

Pasar Awam Seksyen 17/27 (29 Disember 2021)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN