Mayat mangsa bot terbalik ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat mangsa bot terbalik ditemukan

ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan lemas di perairan Kampung Semawang Batu 19, Sandakan hari ini. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN: Remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang dalam insiden bot terbalik di perairan Kampung Semawang Batu 19 ditemukan lemas hari ini.

Mayat mangsa ditemukan kira-kira pukul 12.18 tengah hari tadi oleh penduduk kampung yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira 400 meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

“Sebaik sahaja mayat mangsa ditemukan, pasukan bomba bertindak membawa mangsa ke tepi pantai. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, mangsa dilaporkan hilang setelah bot yang dinaiki bersama tiga individu lain terbalik ketika mereka dalam perjalanan dari Kampung Semawang Laut ke Kampung Semawang Darat kira-kira pukul 6 petang.

Tiga individu lain yang terjatuh ke dalam laut berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung manakala mangsa gagal ditemukan dan SAR diaktifkan selepas pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.50 malam.

Operasi SAR tamat sepenuhnya pada pukul 1 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.