Mateen Rizqi pilihan nama bayi kedua Tasha, Raqib - Utusan Malaysia

Mateen Rizqi pilihan nama bayi kedua Tasha, Raqib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi Tasha Manshahar, telah selamat mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul buat anakanda keduanya yang baru dilahirkan itu.

Sekali gus, dia turut mengumumkan nama puteranya iaitu Mateen Rizqi bin Fahrur Raqib.

Menurut Tasha, walaupun majlis serba ringkas yang diadakan itu hanya dihadiri keluarga terdekat, namun dia menyifatkan ia sangat bermakna untuk diingati.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu popular Bukan Aku itu memuat naik satu hantaran yang memaparkan keluarga kecilnya ketika di majlis tersebut berlangsung.

“Alhamdulillah, di hari ketujuh kelahiran putera kedua kami, dapat kami mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul yang dihadiri hanya keluarga terdekat.

“Majlis serba ringkas tetapi sangat bermakna, InsyaAllah. Memperkenalkan adik Muammar (anakanda sulungnya) yang kami namakan, Mateen Rizqi Fahrur Raqib,” kongsinya di Instagram.

Dalam pada itu, Tasha menitipkan doa agar kedua-dua puteranya itu dapat membesar dengan keadaan sihat dan menjadi insan yang berguna kelak.

“Semoga Muammar Rafiqi dan Mateen Rizqi membesar dengan sihat, soleh, cintakan ilmu, baik budi pekerti serta menjadi insan yang bermanfaat kepada ummah,” coretnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut berkesempatan mendoakan semoga anak-anak kecil penyanyi tersebut membesar menjadi insan yang berguna buat masyarakat.

Terdahulu, Tasha selamat melahirkan cahaya mata keduanya itu pada tanggal 15 November lalu, di Andorra Women And Children Hospital, Seri Kembangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya