fbpx

Masih 0-0 babak pertama

AKSI perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 melibatkan JDT dengan KL City di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Turun sebagai pasukan pilihan, Johor Darul Ta’zim ( JDT) mengusai keseluruhan babak pertama sebaik sahaja wisel ditiup serta mencipta beberapa peluang namun gagal disudahkan dengan jaringan.

Serangan bertali arus yang dilancarkan skuad Harimau Selatan memaksa Kuala Lumpur City (KL City) hanya bertahan.

Minit kelapan penyerang JDT Bergson da Silva hampir meletakkan pasukannya didepan namun percubaan daripada luar kotak penalti sekadar menggegar tiang gol sebelah kanan yang dikawal penjaga gol KL City Kevin Mendoza.

Kesilapan penjaga gol JDT Farizal Marlias hampir dihukum apabila hantarannya untuk mencari S.Kunalan berjaya ditampan pemain sayap kiri KL City Zhafri Yahya pada minit ke-10 namun bernasib baik apabila bola tidak menuju ke gawang gol.

Selepas 15 minit bertahan, skuad Bojan Hodak akhirnya mula menemui rentak permainan namun belum mampu mencemaskan kubu JDT.

Ketangkasan Mendoza menangkis beberapa serangan JDT menyaksikan aksi babak pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil berkesudahan tanpa jaringan sekali gus peluang kedua-dua pasukan masih terbuka untuk bergelar juara Piala Malaysia.

POPULAR

KOSMO! TERKINI