Masa PM tunjukkan kad laporan prestasi menteri - Kor Ming - Utusan Malaysia

Masa PM tunjukkan kad laporan prestasi menteri – Kor Ming

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membentangkan kad laporan 100 hari Kabinetnya. 

Malah, beliau berkata, ini bagi membolehkan mana-mana menteri yang tidak berfungsi dan produktif digantikan. 

“Masa untuk Perdana Menteri menunjukkan kad laporan kabinetnya dan dead wood ( mereka yang tidak berfungsi dan produktif) dalam kabinetnya hendaklah dikeluarkan. Setuju?,” katanya dalam satu hantaran Twitter, hari ini. 

Untuk rekod, hari ini genap 100 hari pentadbiran Ismail Sabri selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos lalu.

27 Ogos lalu, Ismail Sabri mengumumkan pelantikan 31 menteri dan 38 timbalan menteri di bawah pentadbirannya. 

Beliau berkata, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama. 

Beliau akan memastikan barisan Kabinet baharu yang diumumkan hari ini menekankan budaya kerja berprestasi tinggi. 

“Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran ditetapkan. 

“Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN