Mas Ermieyati ziarah pusara bapa sebelum mengundi - Utusan Malaysia

Mas Ermieyati ziarah pusara bapa sebelum mengundi

MAS Ermieyati Samsudin ketika tiba di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar, Masjid Tanah bagi membuang undi bersempena Pilihan Raya Negeri Melaka. - UTUSAN/JUANI MUNIR ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASJID TANAH: Calon Ketua Menteri PN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sempat menziarahi pusara bapanya sebelum keluar mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar di sini hari ini.

Menurut calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara itu, beliau menyifatkan bapanya, Allahyarham Samsudin Md. Ali yang meninggal dunia pada Ogos lalu adalah sumber kekuatan dan inspirasi kepada dirinya pada selama ini.

“Beliau menjadi kekuatan kepada diri saya sehingga mana saya berjaya pada hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengakui agak sedikit kepenatan sejak hari penamaan calon sehingga hari pengundian termasuk dinamakan sebagai calon Ketua Menteri mewakili Perikatan Nasional (PN).

“Semalam saya sempat bertemu dengan semua calon dan jentera. Alhamdulillah saya ucapkan terima kasih kepada kerana menyokong saya selama ini.

“Yang penting kita menyumbang kemenangan kepada PN. Segalanya kita berserah kepada Allah,” katanya.

Terdahulu, Mas Ermieyati tiba di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Ramuan China Besar di sini pada pukul 7.53 pagi bagi menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

DUN Tanjung Bidara menyaksikan pertembungan tiga penyuru antara Mas Ermieyati dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan Zainal Hassan (PH).

Tanjung Bidara yang terletak dalam kawasan Parlimen Masjid Tanah mempunyai 10,130 pengundi.

Sebelum ini, Perikatan Nasional (PN) menamakan Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri jika gabungan parti itu berjaya mempeoleh majoriti untuk membentuk Kerajaan Negeri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya