(LIPATAN SEJARAH) Deklarasi rantau damai, bebas dan berkecuali ASEAN - Utusan Malaysia

(LIPATAN SEJARAH) Deklarasi rantau damai, bebas dan berkecuali ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 28 November 1974, Mingguan Malaysia melaporkan pemimpin lima negara ASEAN menandatangani perisytiharan mewujudkan Asia Tenggara sebagai rantau damai, bebas dan berkecuali dengan 11 aspirasi.

Perdana Menteri, Tun Abdul Razak menandatangani perisytiharan bagi pihak Malaysia, Tun Adam Malik (Indonesia), Dr. Carlos P. Romulo (Filipina), S. Rajaratnam (Singapura) dan Tun Thanat Khoman (Thailand).
Upacara bersejarah itu berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur disaksikan lebih 500 tetamu kehormat.

Antara peristiwa lain yang menarik.

28 November 1969 – Malaysia dan Russia menandatangani perjanjian perkhidmatan udara.

28 November 1977 – Syarikat Minyak California Asiatic dan Syarikat Petroleum Texaco mengumumkan menemui sumber minyak di Pelantar Minyak Minas, Tanah Besar Riau, Sumatera.

28 November 1979 – China secara rasmi diterima sebagai ahli dalam Majlis Olimpik Antarabangsa (OIC).

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected] – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.