Lima termasuk seorang wanita gaduh ekoran salah faham guna jalan raya - Utusan Malaysia

Lima termasuk seorang wanita gaduh ekoran salah faham guna jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara salah faham dan enggan bertolak ansur, lima individu termasuk seorang wanita bergaduh di Bulatan Taman Seraya, Ampang di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang semasa dua beranak yang menaiki lori dalam perjalanan ke tempat kerja berselisih dengan kereta Perodua Myvi dinaiki dua lelaki dan seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, ketika kejadian, pemandu lori berusia 48 tahun itu tiba-tiba bertindak menyekat kereta berkenaan dan mengarahkan mereka berhenti.

“Ekoran itu berlaku pertengkaran serta pergelutan antara mereka. Semasa kejadian, kedua-dua pihak ada memegang payung dan gergaji sebagai senjata.

“Kita juga menerima laporan daripada pemandu lori yang bekerja sebagai kontraktor pendawaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Eshak berkata, susulan itu, sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan kelima-lima individu berusia antara 16 hingga 48 tahun kira-kira pukul 7.30 malam hingga 9 malam di Taman Bukit Teratai dan Taman Pandan Mewah, semalam.

Ujarnya, polis turut merampas sebuah lori dan kereta serta senjata yang digunakan semasa kejadian.

“Siasatan mendapati punca kejadian pergaduhan dipercayai akibat salah faham dalam menggunakan jalan raya dan kurangnya sikap bertolak ansur.

“Kesemua mereka direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya