Lima remaja buat aksi ala 'Superman' ditahan - Utusan Malaysia

Lima remaja buat aksi ala ‘Superman’ ditahan

DUA daripada lima orang remaja yang ditahan polis selepas menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya di Kilometer 14 hingga 20 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Port Dickson semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Lima remaja lelaki termasuk seorang pelajar sekolah di ibu negara ditahan polis selepas menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya di Kilometer 14 hingga 20 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua suspek berusia 17 hingga 20 tahun ditahan antara pukul 1 hingga 2.35 petang oleh sepasukan polis dari Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

“Mereka ditahan kerana menunggang dengan cara melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie) serta membuat aksi dengan meluruskan kedua-dua kaki ala ‘Superman’ semasa berada di atas jalan raya yang mana aksi tersebut berbahaya pada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Sebelum tangkapan dijalankan, seorang suspek yang juga penunggang dari Bangi, Selangor berusia 19 tahun bergerak dari arah Seremban ke Port Dickson manakala empat penunggang lain bergerak dari arah Port Dickson ke Seremban,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Aidi Sham, seorang daripada lima suspek merupakan pelajar tingkatan lima dari sebuah sekolah di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

“Tiga suspek lain adalah pekerja kilang dan seorang mekanik.

“Semua tangkapan dan motosikal dibawa ke Balai Trafik Port Dickson bagi siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu atau menunggang secara melulu dan bahaya.

“Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara kurang lima tahun dan denda RM5,000 sehingga RM15,000 dan hilang kelayakan lesen memandu lebih lima tahun,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya