Lelaki rentung pusat servis kereta terbakar - Utusan Malaysia

Lelaki rentung pusat servis kereta terbakar

ANGGOTA bomba memadam api dalam kebakaran sebuah pusat servis kereta di Bukit Puchong, Selangor hari ini.- IIHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian kebakaran melibatkan pusat servis kereta di Bukit Puchong hari ini. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.46 petang sebelum 20 anggota dan pegawai  dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, Serdang dan Cyberjaya dikejarkan ke lokasi kejadian. 

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan sebuah bengkel kenderaan dua tingkat.

Menurutnya, kebakaran dapat dikawal pada pukul 3.01 petang.

“Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Kannadasan a/l Veerasamy 34 ditemukan pada 3.28 petang di sebuah bilik kecil di tingkat bawah. 

“Selain itu, seorang lelaki berusia 50-an berjaya menyelamatkan diri namun cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambah Norazam, premis tersebut musnah 80 peratus akibat kebakaran tersebut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.