Lebih 2.7 juta populasi remaja lengkap vaksinasi  - Utusan Malaysia

Lebih 2.7 juta populasi remaja lengkap vaksinasi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 2,702,748 atau 85.9 peratus populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun lengkap divaksinasi setakat 11.59 malam tadi. 

Berdasarkan laman CovidNow, seramai 115,417 orang atau 3.7 peratus daripada golongan itu pula belum lengkap divaksinasi atau menerima sekurang-kurangnya satu dos. 

Dalam pada itu, seramai 22,659,382 atau 96.8 peratus populasi dewasa berusia 18 tahun ke atas lengkap vaksinasi, manakala 346,918 atau 1.5 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos. 

Perkembangan itu menyaksikan seramai 25,362,130 atau 77.7 peratus populasi keseluruhan negara ini lengkap vaksinasi menerima suntikan dua dos vaksin Covid-19.  – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya