Langsung | Siapa yang pengundi Melaka Pilih? - Utusan Malaysia

Langsung | Siapa yang pengundi Melaka Pilih?

Pengundi muda (dari kiri) Muhamad Hanif Mohd Hanafi, 24, Nurain Shahidah Samsudin, 24, dan Ahmad Hassan Omar, 27, menunjukkan dakwat di jari selepas menunaikan tanggungjawab pada hari mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil, Melaka. - UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HARI ini hampir setengah juta pengundi berdaftar di negeri Melaka, telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih kerajaan baharu ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 5 Oktober lalu.

Setakat pukul 4 petang tadi sebanyak 61 peratus telah keluar mengundi.

SPR menyasarkan kira-kira 70 peratus daripada 495,196 pengundi yang layak, akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Orang ramai mula keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing sejak pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi tadi.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di negeri ini mengalami hujan lebat berserta ribut petir pada petang.

Menerusi ciapan jabatan itu di laman sosial Twitter, hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di kawasan Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN