Lambat lagilah aku nak dapat kerja di Malaysia - Iedil Putra

Lambat lagilah aku nak dapat kerja, walaupun sudah lebih 20 tahun… – Iedil Putra

IEDIL Putra sudah lebih 20 tahun dalam industri luah rasa kecewa dengan syarat dikenakan syarikat penyiaran ternama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Iedil Putra, meluahkan rasa kecewa dengan kriteria yang diletakkan oleh sebuah syarikat penyiaran ternama yang hanya ingin mengambil pelakon yang mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram.

Menerusi entri twitter, Iedil memuat naik satu tangkap layar yang memaparkan syarat yang dikenakan oleh syarikat ternama terbabit.

Menurut Iedil, dia menyifatkan syarat yang dikenakan itu antara punca dirinya sukar mendapat tawaran berlakon di tanah air sendiri, walaupun sudah lebih 20 tahun dalam industri ini.

“Dari sebuah syarikat penyiaran ternama, pengikut Instagram lebih satu juta? Lambat lagilah aku nak dapat kerja di Malaysia ini.

“Walaupun sudah lebih 20 tahun aku mengabdikan diri, tetapi kriteria seperti ini yang mereka cari. Bye,” ciapnya di Twitter.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet melontarkan pelbagai reaksi berhubung dengan isu berkenaan selain menitipkan kata semangat buat pelakon filem J Revolusi itu.

“Insya-Allah, rezeki awak di mana-mana. Bumi ini luas. Kelak, siapa tahu awak akan dapat projek yang tidak dijangka.

“Bagi saya, penyiaran tidak perlu pun sejuta pengikut untuk menjadi seorang pelakon utama, naskhah dibentangkan itu yang mengangkat pemainnya. Tetapi, cakap apa pun tiada guna,” komen seorang warganet.

“Selagi seperti ini, selagi itulah penonton Malaysia tidak akan menonton drama atau filem Melayu. Semua ‘out’! Industri tidak mendengar suara penggiat, apatah lagi nak dengar suara kami sebagai khalayak,” komen seorang lagi.

Selain Iedil, antara pelakon yang tampil memberi reaksi berhubung isu yang hangat ini adalah Sharifah Amani, Tony Eusoff serta Bront Palarae,menerusi ruangan ciapan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.