Kontraktor rugi RM303,084 ditipu wanita 'Lilina Lim' - Utusan Malaysia

Kontraktor rugi RM303,084 ditipu wanita ‘Lilina Lim’

AIBEE AB. GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sudahlah diugut kerana didakwa menjalankan kegiatan ‘mencuci wang, seorang kontraktor terpaksa berputih mata apabila pelaburan yang disertainya pada 15 Oktober lalu rupa-rupanya tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Ab. Ghani berkata, mangsa yang berusia 54 tahun itu berkenalan dengan seorang wanita tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai Lilina Lim menerusi Facebook.

Menurutnya, wanita berkenaan menawarkan satu skim pelaburan dalam talian dan boleh mendatangkan keuntungan lumayan kepada mangsa.

“Mangsa yang percaya telah mendaftar menerusi satu dalam talian seperti diminta Lilina Lim dan individu itu juga memberitahu mangsa supaya membuat bayaran lebih tinggi bagi memperoleh taraf VIP dan mendapatkan keuntungan dengan lebih cepat.

“Percaya dengan tawaran itu, mangsa membuat pindahan wang ke dalam tiga akaun iaitu Bernard Tapaling (162218782551- Maybank), Teoh Hoe Leong (13451046610 – Hong Leong Bank) dan Rinawati Zulki (511186364206- Maybank) bermula  15 hingga 31 Oktober lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aibee berkata, selepas transaksi dibuat, mangsa tidak mendapat keuntungan seperti yang dijanjikan dan kemudian suspek menyamar sebagai pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram.

Suspek menyatakan mangsa melakukan kesalahan seperti mencuci wang dan diminta membuat pembayaran sekiranya tidak mahu diambil tindakan.

“Mangsa juga diminta membuat pembayaran lagi sekiranya mahukan semula wangnya yang  dipindahkan sebelum ini.

“Oleh sebab itu, mangsa terus mempercayai individu terbabit dan membuat pindahan wang serta mengalami kerugian lebih kurang RM303,084. Mangsa yang menyedari dirinya  tertipu segera membuat laporan di Balai Polis Rahang semalam,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN