Konsert Hujan 16 tahun ditayangkan secara maya - Utusan Malaysia

Konsert Hujan 16 tahun ditayangkan secara maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Konsert Hujan 16 Tahun yang berlangsung baru-baru ini di ibu kota kini akan ditayangkan secara maya secara penstriman sekali gus dilihat sebagai satu berita baik buat peminat dan pengikut setia kumpulan rock indie itu.

Konsert yang juga merupakan persembahan pentas pertama Hujan sejak pandemik berlaku itu akan ditayang secara maya pada setiap hujung minggu di bulan November bagi membenarkan peminat menonton semula persembahan bertenaga Hujan yang telah berlangsung selama empat malam dengan tema berbeza.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LOL Asia,Rizal Kamal, ia juga dapat dilihat sebagai satu usaha untuk membolehkan mana-mana peminat yang tidak dapat hadir ke konsert secara langsung baru-baru ini untuk menikmati persembahan konsert tersebut walau berada di rumah.

“Atas permintaan ramai, kami sedia untuk membawa Hujan 16 Tahun secara maya dan kami membuatnya serapat yang boleh dengan persembahan sebenar, seolah-olah penonton itu berada di lokasi persembahan.

“Persembahan secara maya diterbitkan selepas konsert untuk membenarkan kami mengemaskini audio dan visual, memberikan penonton pengalaman berkualiti tinggi,”katanya.

Tambah Rizal, produksi konsert ini juga dijalankan dengan audio-visual bertaraf antarabangsa dengan 100% kru tempatan.

Selain itu, katanya, tujuh unit kamera telah digunakan untuk merakamkan konsert ini dengan sepenuhnya bersama dua kamera di belakang pentas untuk menangkap pengalaman di belakang tabir.

“Persembahan secara maya tidak kurang menarik kerana boleh dipasang di TV dan dinikmati bersama kawan keluarga. Konsert maya dirumah juga amat selesa, selamat dan lebih murah dari konsert secara langsung.

“Inilah kelebihannya dan kami mengikut perkembangan semasa, memberikan pilihan untuk semua Raingers,”katanya.

Tiket konsert secara maya boleh didapati di www.wearelive.asia dan akan ditayangkan secara terhad setiap hujung minggu di bulan November di pelantar ‘We Are Live’.

Bagaimanapun, pembelian tiket dikenakan had tertentu dan tontonan konsert boleh dipilih berdasarkan tarikh yang berbeza iaitu menerusi konsert 1, 2, 3 Go!! (5 hingga 7 November 2021), Semangat Enemy (12 hingga 14 November 2021), Kotak Hati (19 hingga 21 November 2021) dan Riot (26 hingga 28 November 2021).

Untuk pertanyaan selanjutnya, sila emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya