'Kita perlu ajar wakil rakyat tiada adab' - Utusan Malaysia

‘Kita perlu ajar wakil rakyat tiada adab’

MOHG. Aleef Yusof calon Perikatan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Udang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menyangkal beberapa tindakan kasar dan kurang adab oleh wakil rakyat sebelum ini terhadap masyarakat, calon muda Perikatan Nasional (PN) tampil menegaskan perubahan itu akan dibuat olehnya jika dipilih sebagai pemimpin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Dr. Mohd Aleef Yusof berkata, perkara asas sebegini perlu dijaga oleh seorang pemimpin, apatah lagi mereka merupakan individu yang sentiasa bertemu dengan masyarakat untuk menyelesaikan masalah penduduk setempat.

Jelasnya, meskipun ia dianggap remeh, namun setiap wakil rakyat yang dipilih perlu menjadi cerminan yang wajar dicontohi oleh masyarakat khususnya di Melaka.

“Kita tidak mahu lagi wakil rakyat yang sombong dan bongkak, bercakap kasar dengan penduduk. Saya juga penduduk di Melaka, saya tahu apa perasaan mereka apabila hati mereka tidak dijaga, malah penduduk Melaka jemu dengan wakil rakyat yang begitu sombong dan angkuh.

“Jadi jika saya dipilih menjadi wakil rakyat, saya akan buktikan di mana perkara asas itu perlu diubah dan menjadi keutaman dalam setiap wakil rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, ia merupakan perkara asas yang turut dimasukkan di dalam manifesto beliau kali ini di mana pertembungan DUN Sungai Udang kali ini membabitkan empat penjuru menentang Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (Barisan Nasional), Hasmorni Tamby (Pakatan Harapan) dan Mejar Jeneral (B) Datuk Mohd. Zahar Hasim (Bebas).

Dr. Mohd Aleef yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Management and Science University (MSU) pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan kerajaan, sebelum berhijrah ke hospital swasta di Melaka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya