fbpx

Kesesakan lalu lintas di Ipoh dijangka berakhir Jun 2023

KEADAAN jalan raya yang terlibat dalam kerja menaik taraf sistem pembentungan di sekitar bandar raya Ipoh, Perak. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kesesakan lalu lintas di bandar raya ini yang berpunca daripada kerja menaik taraf pembentungan di sekitar Ipoh, dijangka berakhir dalam tempoh setahun setengah.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, ia berikutan kerja menaik taraf pembentungan di sekitar pusat bandar ini dijadual siap pada Jun 2023. 

Menurutnya, kerajaan Pusat memaklumkan projek naik taraf itu dijangka siap dalam masa setahun setengah lagi.

“Fasa terakhir pembangunan di negeri Perak memang banyak tertumpu di kawasan pekan. Sebelum ini pembangunan dilakukan di kawasan luar bandar terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan di kawasan pekan, jadi  inilah yang kita kena terima.

“Kami akan menggerakkan kontraktor yang bertanggungjawab untuk mempercepatkan lagi pelaksanaan kerja naik taraf pembentungan,” katanya selepas melancarkan Perolehan Kenderaan Operasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini, semalam. – UTUSAN ONLINE 

POPULAR

KOSMO! TERKINI