Kerugian mangsa jenayah komersial meningkat - Utusan Malaysia

Kerugian mangsa jenayah komersial meningkat

MIOR Faridalathrash Wahid (kanan) mengedarkan risalah cegah jenayah kepada orang ramai pada Kempen Pencegahan Jenayah Komersial (Jenayah Dalam Talian) Tahun 2021 di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jumlah kerugian ditanggung mangsa kes jenayah komersial di negeri ini meningkat hampir RM21 juta bagi tempoh 1 Januari sehingga 21 November tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, jumlah kes jenayah komersial juga meningkat 65 kes bagi tempoh sama tahun ini.

Menurut beliau, bagi tempoh 1 Januari hingga 21 November tahun lalu, sebanyak 1,748 kes dilaporkan dengan nilai kerugian keseluruhan melebihi RM35 juta dan melibatkan tangkapan seramai 1,123 orang.

“Statistik kes jenayah komersial yang dilaporkan bagi tempoh sama tahun ini ialah 1,813 kes dengan nilai kerugian keseluruhan melebihi RM58 juta dan seramai 1,112 orang ditangkap.

“Berdasarkan statistik itu, terdapat peningkatan terhadap jumlah kerugian mangsa berbanding tahun lalu iaitu lebih RM20 juta dengan pertambahan 65 kes,” katanya selepas Kempen Pencegahan Jenayah Komersial (Jenayah Dalam Talian) Tahun 2021 di pusat beli-belah AEON Kinta City di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya