Kerajaan komited tangani kes keganasan terhadap wanita - Utusan Malaysia

Kerajaan komited tangani kes keganasan terhadap wanita

RINA MOHD. HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat komited untuk bekerjasama dengan jabatan agama negeri-negeri bagi menangani kes keganasan terhadap wanita.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, ini susulan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tahun ini yang memperlihatkan 6,443 kes keganasan rumah tangga dilaporkan.

Menurutnya, kes tersebut meningkat berbanding tahun lepas dengan 4,217 kes pada tempoh sama.

“Kementerian komited untuk bekerjasama dengan jabatan agama di negeri-negeri berkenaan perluasan inisiatif agar dapat dimanfaatkan dalam usaha melindungi dan membela wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

“Dua buah masjid sudah dipilih sebagai masjid projek rintis iaitu Masjid Ghufran, di Taman Tun Dr. Ismail dan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, bagi permulaan projek ini,” katanya pada sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita di sini hari ini.

Jelasnya, Jabatan Pembangunan Wanita telah bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi mengadakan projek rintis dengan menjadikan masjid dan 12 masjid lain sekitar Kuala Lumpur sebagai Pusat Transit dan Tempat Berlindung Bagi Mangsa Keganasan Rumah Tangga.

Menurut beliau, projek rintis turut melibatkan agensi lain sebagai badan rujuk seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Projek rintis ini merupakan tindakan proaktif kementerian supaya kita menyediakan tempat-tempat untuk mereka yang tiada tempat untuk pergi atau mencari perlindungan. Masjid rintis ini terbuka kepada semua kerana itu Masjid Wilayah Persekutuan menjadi salah satu masjid projek rintis. Kita tidak mengehadkan kepada sesiapa.

“Kementerian juga dalam usaha untuk meluaskan lagi ke semua negeri. Kami telah bercakap dan berbincang dengan beberapa menteri besar supaya projek ini dapat diluaskan lagi, seperti Kelantan, Terengganu, Sarawak, Kedah, Perlis.

Beliau berharap perjuangan menangani kes keganasan rumah tangga dapat ditangani oleh semua pihak, kerajaan dan masyarakat, bukan terletak di bahu wanita sahaja, malah ia turut dipikul oleh semua golongan masyarakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN