Kenyataan Shahrir ada niat jahat - Muhyiddin Yassin

Kenyataan Shahrir ada niat jahat – Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kesal dengan kenyataan veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad yang mencabar parti itu menarik sokongan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak wajar, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, Shahrir tidak berfikir panjang kerana tindakan yang dicadangkan itu boleh menggugat keselamatan rakyat Johor.

SHAHRIR ABDUL SAMAD

“Itu (kenyataan Shahrir) ada niat jahat. Saya tidak mahu apa yang jadi di Melaka terjadi pula di Johor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau sebagai salah seorang pemimpin UMNO jangan cuba cabar saya. Kalau saya nak balas dendam tengoklah apa yang telah terjadi di Melaka.

“Jangan cabar saya, kalau nak cabar juga tengoklah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti orang pilih siapa,” katanya dalam sidang akhbar di Villa Mak Ngah, Ayer Panas, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Shahrir yang mencabar Bersatu untuk menarik sokongan kepada Menteri Besar Johor.

Ia sebagai respons susulan ucapan Muhyiddin pada satu majlis di Shah Alam, Selangor melabel UMNO sebagai parti yang mementingkan diri sendiri, walaupun ketika rakyat berdepan ancaman Covid-19.

Tambah Muhyiddin lagi, apa yang dinyatakan oleh Shahrir sebenarnya memberi risiko jika Bersatu menarik sokongan terhadap kerajaan negeri diterajui UMNO.

Jelasnya, ia boleh menjejaskan keselamatan rakyat Johor ketika penularan pandemik masih belum reda di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×