Kena boikot? Layaklah! - Utusan Malaysia

Kena boikot? Layaklah!

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sengaja Poklip lampirkan dua artikel sahaja minggu ini. Sebabnya, dakwaan yang satu ini memang cukup panas. Bukan ceritanya panas, hati Poklip juga panas bila mendengar gosip ini.

Di kala industri digemparkan dengan isu seksual dalam satu program baru-baru ini, ada pula yang menyampaikan dakwaan yang lebih kurang sama jalan cerita. Cuma yang ini lebih teruk!

Dakwa seorang sumber, ada artis lelaki dikatakan pernah melakukan gangguan seksual terhadp pekerjanya. Minta perhatian, dakwaan itu bukan merujuk kepada pegang-pegang sahaja, malah lebih!

Sumber turut mendakwa, disebabkan perbuatan tidak bermoral pelawak itu, sehingga sekarang, mangsa dikatakan masih trauma dan tidak boleh berhadapan dengan orang ramai.

Dia dikatakan akan mula merasa takut lantas berkemungkinan akan meracau dek kerisauan diganggu lagi. Ternganga juga Poklip bila dengar dakwaan ini. Bukan kecil-kecil anak ya.

Poklip tanya juga, kenapa si polan itu tidak buat laporan? Biarkan sahaja artis yang didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu berdepan tindakan udang-undang. Baru tahu langit tinggi rendah.

Tapi dakwa si sumber, sehingga kini, ketakutan yang dihadapi si polan itu menghantuinya. Malah dia juga takut sekiranya berlaku apa-apa yang lebih teruk terhadapnya.

Kalau betul seperti yang didakwa, Poklip tak tahu mengapa ada insan yang berhati binatang seperti ini. Kalau sebut nama artis itu pun, rasanya ramai yang akan cakap; “Memang teruk perangai dia.”

Poklip sebenarnya tidak menyokong penuh tindakan memboikot anak seni tetapi kalau betullah artis yang satu itu buat perangai macam ini, layaklah kena boikot. Sebab bukan sekali dua tetapi berkali-kali.

Dalam pada masa sama, Poklip harap sangat dia berubah dan tidak lagi terikat dengan kontroversi seperti ini. Bukan sahaja memburukkan nama, malah lumpur penuh dalam periuk nasi. Macam mana hendak berkongsi makan?

Dalam ramai artis yang mementingkan privasi dan kononnya tidak mahu diganggu media apabila timbul cerita sensasi, janganlah buat perangai yang bukan-bukan. Istiqamah dengan niat murni nak masuk industri!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN