Kemenangan ubat duka Harimau Kumbang - Utusan Malaysia

Kemenangan ubat duka Harimau Kumbang

PENYERANG Penang FC Jafri Firdaus Chew cuba melepasi kawalan dua pertahanan Sarawak United dalam aksi Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium UiTM, Shah Alam, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Biarpun mencatat kemenangan pertama dalam saingan Piala Malaysia apabila bangkit menundukkan Sarawak United 1-2 namun ia tidak membawa apa-apa makna buat Penang FC (PFC).

Keputusan itu menyaksikan Sarawak United melangkah ke suku akhir Piala Malaysia selaku naib juara Kumpulan A.

Kekalahan itu menyaksikan Sarawak United akan berdepan juara Kumpulan B, Terengganu FC (TFC) di peringkat suku akhir yang akan berlangsung secara timbal balik pada 14 dan 18 November ini.

Pada aksi di Stadium UiTM, Shah Alam sebentar tadi, Sarawak United terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Christie Jayaseelan seawal minit ketujuh.

Bagaimanapun, kedudukan itu hanya bertahan lima minit apabila Jafri Firdaus Chew meledak gol penyamaan buat Penang, sebelum skuad Harimau Kumbang memperoleh jaringan kedua yang dijaringkan Amer Azahar pada minit ke-43.

Sarawak United mendapat peluang keemasan untuk sekurang-kurangnya meraih keputusan seri apabila diberikan sepakan penalti pada minit ke-63, namun peluang itu disia-siakan Uche Agba selepas sepakannya dinafikan penjaga gol, Bryan See Tian Keat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya