Kajian terhadap ganja belum dibuat KKM - Utusan Malaysia

Kajian terhadap ganja belum dibuat KKM

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kajian makmal terhadap ganja perubatan belum pernah dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap pertanyaan lisan Dewan Rakyat yang dikemukakan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh), hari ini.

“Bagi marijuana pula, tiada kajian makmal yang sedang atau pernah dijalankan oleh pihak KKM,” katanya.

Terdahulu, Nurul Izzah meminta kerajaan tentang senarai dan butiran terperinci kajian perubatan yang sedang dijalankan KKM terhadap penggunaan ganja perubatan.

Namun, Khairy turut memaklumkan  kajian spesies ganja, jenis Cannabis sativa pernah dilakukan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) KKM.

“Satu kajian scoping review ke atas hem pernah dijalankan oleh pihak IMR dan satu jurnal telah diterbitkan iaitu “Cannabis sativa subsp. sativa’s pharmacological properties and health effects: A scoping review of current evidence,” katanya lagi.

Terdahulu, beliau menjelaskan, undang-undang negara tidak akan menghalang penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan jika mematuhi beberapa peraturan.

Undang-undang berkaitan adalah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 tidak melarang penggunaan ganja untuk tujuan perubatan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN