Jumlah mangsa banjir berkurangan 797 orang - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir berkurangan 797 orang

SEORANG kanak-kanan mengambil kesempatan bermain air dalam kejadian banjir di Kampung Kubang Betong,. Changlun, Kubang Pasu hari ini. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di negeri ini berkurangan sehingga pukul 4 petang apabila seramai 797 mangsa daripada 212 keluarga ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah setakat pukul 4 petang ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Bahagian Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusof berkata, jumlah mangsa di dua PPS di daerah Pendang masih sama.

“Seramai 200 mangsa daripada 49 keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah dan 81 mangsa daripada 25 keluarga di PPS Dewan Cenderawasih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, di daerah Kota Setar iaitu di Pokok Sena juga masih menempatkan empat mangsa daripada satu keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tualang.

“Tiga PPS di daerah ini juga catat penurunan iaitu 10 mangsa daripada dua keluarga di PPS SK Suka Menanti, 164 mangsa daripada 45 keluarga di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent dan PPS SMK Simpang Kuala dengan 59 mangsa daripada 14 keluarga.

“Tiga lagi masih sama iaitu 80 mangsa daripada 23 keluarga di PPS SK Langgar, 114 mangsa daripada 31 keluarga di PPS SK Darul Hikmah dan 85 mangsa daripada 22 keluarga di PPS SK Convent,” jelasnya.

Mohd. Muaz berkata, dua PPS di daerah Sik iaitu PPS SK Sik dan PPS SK Chepir yang dibuka semalam telah ditutup pukul 3 petang tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN