Johor cuti jika JDT julang Piala Malaysia - Utusan Malaysia

Johor cuti jika JDT julang Piala Malaysia

PARA penyokong JDT Boys Of Street memberi sokongan padu pada pemain JDT dalam perlawanan kedua separuh akhir menentang Terangganu FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, malam tadi. . UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri bercadang mengumumkan cuti peristiwa pada 1 Disember ini sekiranya pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Piala Malaysia sehari sebelum itu.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, pengumuman itu dibuat sebagai meraikan kejayaan skuad Harimau Selatan jika menjuarai piala berprestij tersebut pada ulang tahun ke 100 kejohanan berkenaan.

“Sebenarnya perkara ini saya nak umumkan esok, tetapi kerana saya teruja dengan kemenangan JDT semalam, saya umumkan hari ini. Sekiranya JDT muncul juara Piala Malaysia kelak, kita akan mohon untuk diberi cuti peristiwa sebagai meraikan kejayaan skuad itu,” katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Khas Rumah Johor di Gerbang Nusajaya, di sini hari ini. Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil dan Datuk Bandar Iskandar Puteri, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad.

Semalam, JDT mengesahkan tiket untuk layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia setelah menundukkan Terengganu 3-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, di sini.

“Tahniah diucapkan kepada JDT kerana walaupun mereka beraksi dengan 10 pemain, mereka masih dapat menundukkan Terengganu dengan keputusan cemerlang,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya