JDT tekad kekal rekod bersih - Utusan Malaysia

JDT tekad kekal rekod bersih

GERAKAN pemain sayap JDT, Akhyar Rashid (tengah) cuba dihalang Zainal Abidin Jamil (kiri) dan P. Rajes sewaktu saingan Piala Malaysia di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, Selangor malam kelmarin.- IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Biarpun telah mengesahkan status sebagai juara Kumpulan D dan layak ke suku akhir Piala Malaysia namun Johor Darul Ta’zim (JDT) tekad meneruskan rentak kemenangan.

Pengendali Harimau Selatan Benjamin Mora menegaskan pasukannya akan terus mencari kemenangan pada aksi terakhir peringkat kumpulan berdepan Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV, esok.

Tambahnya, kemenangan adalah sangat penting bagi anak buah untuk mengekalkan keyakinan bagi menghadapi perlawanan di peringkat kalah mati bermula 14 November ini.

“Saya fikir pemain beraksi dengan baik (menentang PJ City, semalam), mereka sentiasa berlari, mereka mencabar dan kami mendapat tiga mata penting untuk meneruskan keyakinan.

“Kami meneruskan rentak kemenangan dan berkunjung ke Kelantan, kami akan cuba meraih kemenangan lagi. Kami perlu lihat bagaimana kami perlu lakukan untuk hanya dua hari rehat.

“Kami akan melakukan beberapa perubahan tapi saya tak tahu (bahagian) yang mana. Hanya satu perkara yang saya tahu adalah ramai memiliki tabiat yang bagus untuk meneruskan kemenangan dan kami cuba lakukan perkara sama,” katanya selepas perlawanan berdepan PJ City, semalam.

JDT gah memimpin Kumpulan D dengan mengumpul 15 mata selepas merekodkan kemenangan bersih dalam lima perlawanan dan telah mengesahkan slot ke suku akhir manakala satu lagi tiket menjadi rebutan antara PJ City dan Sabah FC.

Sementara itu, ketua jurulatih PJ City, P Maniam menaruh keyakinan bahawa pasukannya akan layak ke suku akhir walaupun perlu berdepan Sabah di Stadium Likas dalam aksi terakhir peringkat kumpulan, esok.

“Saya rasa perlawanan dengan Sabah akan menjadi perlawanan yang sengit, tapi kita ada kelebihan sedikit kerana saya fikir kalau kita dapat pungut satu mata kita akan layak,” ujarnya.

PJ City kini menghuni tangga kedua kumpulan apabila mengatasi Sabah dengan kelebihan jumlah perbezaan gol walaupun mereka berkongsi lima mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN