Janna Nick Bintang Paling Popular ABPH34 - Utusan Malaysia

Janna Nick Bintang Paling Popular ABPH34

JANNA Nick juga dinobatkan sebagai Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Janna Nick dinobatkan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABPH34).

Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner, 26, meraih undian sebanyak 86,374,777 juta, sekali gus memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta dan telefon bimbit Xiaomi.

Selain itu, Janna merangkulkan dua trofi termasuk Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Ketika berucap, Janna menyifatkan kemenangannya sebagai pembakar semangat untuk terus berkarya.

“Pertamanya, saya tidak tahu apa yang saya lakukan untuk layak menerima semua ini.

“Terima kasih Janna Nicker kerana berada dengan saya sejak awal pembabitan karier saya sehinggalah saya hampir jatuh tersungkur pada awal tahun ini.

“Terima kasih kerana menghadiahkan saya anugerah ini sebagai pemangkin semangat untuk saya teruskan karier seni saya.

“Kepada anda di luar sana, sekiranya anda rasa sedih, kecewa dan merasakan dunia ini tidak adil, tahulah, jangan pernah putus asa kerana pasti ada sinar buat kita semua,” katanya.

Dalam pada itu, Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat telah diberikan kepada komposer dan penulis lirik, Datuk Habsah Hassan yang banyak berjasa kepada industri muzik tanah air.

ABPH34 yang bertemakan #KITABERSAMA berlangsung meriah meskipun tanpa kehadiran penonton. Anugerah berprestij itu juga turut dilaksanakan seiring pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya