Itu surat palsu - Ahmad Maslan - Utusan Malaysia

Itu surat palsu – Ahmad Maslan

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sepucuk surat kononnya dari UMNO yang menyatakan pencalonan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebagai Ketua Menteri sebagai satu strategi bagi memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah palsu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi akaun Twitter beliau.

“Mana ada surat kepada yang dialamatkan dan salinan kepada sama orangnya. Tentulah surat ini palsu.

Goblok betul yang buat surat fake (palsu) ini,” ciap Ahmad menerusi Twitter hari ini.

Terdahulu tular surat daripada Setiausaha Agung UMNO kepada ketua-ketua Bahagian UMNO Melaka yang memaklumkan pencalonan Sulaiman sebagai Ketua Menteri adalah strategi PRN Melaka.

Dakwa surat itu, jawatan itu akan disandang oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Raof Yusoh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya