Isu sotong mahal: Pelanggan dakwa gambar resit disalah guna  - Utusan Malaysia

Isu sotong mahal: Pelanggan dakwa gambar resit disalah guna 

TULAR gambar yang dimuat naik individu yang tidak berpuas hati kerana dikenakan bayaran RM100 untuk dua ekor sotong.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik gambar resit sotong goreng yang dijual dengan harga RM100 di sebuah restoran di Pulau Pinang, tampil memohon maaf.

Dia yang menjamu selera di restoran berkenaan menyifatkan harga sotong dikenakan kepadanya sebagai munasabah dan  hanya memuat naik gambar resit  di laman Instagram tanpa sebarang kapsyen.

Apa yang mendukacitakan, katanya, ada individu tidak bertanggungjawab kemudian menggunakan gambar tersebut dengan membuat tuduhan melulu terhadap harga dikenakan restoran kepadanya.

“Ada pihak yang tangkap layar gambar berkenaan dan memuat naik di laman Facebooknya serta tag lebih kurang 70 orang dengan kapsyen ‘Hati-hati kawan-kawan.Yang  mana nak mai makan nasi kandar kat Penang. Harga dua ekor sotong boleh cecah smpai RM100’. 

“Kenyataan berkenaan telah tular selepas individu berkenaan memuat naik dengan kapsyen sebegitu. Di sini saya ingin jelaskan bahawa harga berkenaan memang harga yang sepatutnya oleh kerana sotong yang kami ambil itu sotong bersaiz besar dan harga berkenaan tidak mahal kerana saiznya berbaloi. 

“Jadi untuk sesiapa yang telah salah anggap dan mengatakan saya cakap harga itu mahal adalah tidak benar,” katanya menerusi kenyataan di Faecbook Restoran Hameediyah.

Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell yang merupakan antara restoran nasi kandar popular di negeri itu menjadi topik panas di dalam media sosial selepas resit hidangan dua ekor sotong berharga RM100 tular hari ini.

Salinan resit berkenaan yang menunjukkan harga bagi dua ekor sotong goreng berharga RM100 manakala sepinggan nasi beriani kosong berharga RM4.50, nasi putih (RM1.50), dua biji telur masin (RM2), papadom (RM3) dan timun (RM2) menjadi perdebatan warga maya yang menganggap harga berkenaan amat melampau. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya