fbpx

Inap desa transit dadah

ABDUL MAJID Mohd. Ali (dua, kanan) menunjukkan bungkusan dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah inap desa, di Melaka, minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sindiket penyeludupan dadah rentas negara bernilai RM1.44 juta yang menjadikan rumah inap desa sebagai pusat transit tumpas selepas polis mencekup seorang ahli geng ‘Abang 888’, minggu lalu. 

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, suspek berusia 39 tahun itu dicekup dalam serbuan di sebuah rumah inap desa di Jalan Pantai Puteri kira-kira pukul 8 malam, pada 18 November. 

Katanya, hasil pemeriksaan pegawai dan anggita daripada Jabatan Sisatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri telah menemukan dadah jenis syabu seberat 40 kilogram yang disorokkan di dalam premis sewa tersebut. 

“Hasil risikan, sepasukan JSJN telah membuat serbuan dan menangkap seorang lelaki warga Indonesia dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah rentas negara Abang 888. 

“Pemeriksaan lanjut di lokasi, kita menjumpai 40 kilogram dadah jenis syabu dengan anggaran nilai RM1.44 juta yang dibungkus dalam plastik teh herba Cina disyaki untuk dipasarkan ke negara jiran,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang, di sini, semalam. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, soal siasat dijalankan, suspek mendakwa telah berada di negara ini sejak tiga tahun lalu dan bekerja sebagai buruh. 

“Aktiviti sindiket ini dipercayai telah aktif selama sebulan dan rumah inap desa itu telah disewa selama seminggu untuk dijadikan pusat transit. 

“Bekalan ini akan diambil oleh transporter daripada negara jiran dan dipercayai diseludup masuk ke sana menggunakan laluan perairan,” katanya. 

Ujarnya, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 25 November ini bagi membantu siasatan mengikut 39B  Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Dalam pada itu, Abdul Majid berkata, berdasarkan rekod, setakat ini pasukan JSJN Melaka berjaya menumpaskan dadah bernilai RM13.1 juta pada tahun ini, berbanding RM487,000 dalam tempoh sama, tahun lalu.-UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI