Idris tunggang kapcai ke pusat mengundi - Utusan Malaysia

Idris tunggang kapcai ke pusat mengundi

IDRIS Haron menunggang motosikal bersama isterinya ketika hadir ke SJKC Lih Jen untuk membuang undi. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan isteri, Datin Seri Fadilah Abdullah tiba di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lih Jen di Jalan Pokok Mangga di sini untuk mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Idris yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan tiba pada pukul 8.58 pagi dengan menunggang motosikal Yamaha 135LC.

Beliau bersama-sama isterinya dilihat melaksanakan tanggungjawab mengundi di saluran empat.

Idris menjadi Ketua Menteri Ke-10 dari 7 Mei 2013 hingga 10 Mei 2018 sebelum Barisan Nasional (BN) tewas kepada PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang kemudian dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir negeri oleh Ketua Menteri Ke-12, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali pada Mac tahun lalu.

Bagaimanapun, Idris bersama-sama tiga lagi ADUN kerajaan menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman, sekali gus menyebabkan kerajaan negeri tumbang pada 4 Oktober lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya