Ibu-ibu di Malaysia suka beli susu formula bayi dalam pek besar - Utusan Malaysia

Ibu-ibu di Malaysia suka beli susu formula bayi dalam pek besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Golongan ibu-ibu di Malaysia berkecenderungan untuk membeli susu formula bayi dalam pek bersiaz besar demikian menurut satu laporan hasil kaji selidik yang dibuat oleh The Asian Parent.

Laporan itu juga mendapati 35 peratus ibu di Malaysia membeli sekurang-kurangnya sekali sebulan, dengan purata empat pek susu sebulan berbanding ibu-ibu di pasaran Asia Tenggara
yang lain.

Hampir separuh ibu di Malaysia yang terlibat dalam tinjauan itu lebih gemar membeli susu formula dalam pek bersaiz besar (700g hingga 1000g), diikuti pek sederhana (300g hingga 699g).

Namun ibu-ibu di Malaysia kurang gemar membeli susu formula bayi secara dalam talian di mana 85 peratus daripada mereka masih memilih untuk membeli secara luar talian dengan kebanyakan ibu memilih untuk membeli-belah di pasar raya dan pasar raya besar berbanding kedai serbaneka, pasar mini, kedai runcit dan farmasi.

Mereka yang memilih untuk membeli dalam talian memilih Shopee sebagai platform e-dagang pilihan, iaitu 8 peratus, peratusan tertinggi dalam kalangan pengguna Shopee di SEA.

Di bawah to[ik ‘Sumber Kesedaran’  dan ‘0Pengaruh Persekitaran’, laporan mendapati bahawa di seluruh pasaran ASEAN, pengesyoran daripada keluarga/rakan adalah sumber kesedaran teratas (42%-54%) dan pemacu pembelian teratas (44% -56%).

Sumber kesedaran dan pengaruh lain yang perlu diambil perhatian ialah cadangan ibu-ibu lain melalui media sosial atau aplikasi keibubapaan/IM menduduki tempat kedua dalam tiga daripada lima pasaran untuk kesedaran (42%-54%). Sementara itu, cadangan doktor/pakar sakit puan/pakar pediatrik mengambil tempat kedua untuk pengaruh (33%-51%).

“‘Pemasaran mulut ke mulut tidak terhad untuk menjana desas desus semasa pelancaran kempen, tetapi memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kepercayaan jenama — sebagai gelombang ibu pertama kali mendapatkan nasihat tentang produk yang benar-benar sesuai dengan pelbagai keperluan mereka dan seterusnya akan membuat pilihan terbaik untuk keluarga mereka.

“Kebanyakan perbualan ini berlaku dalam talian, dalam kalangan ibu bapa dan komuniti ibu bapa yang lebih besar, bertukar cerita, petua dan ulasan tidak ditapis. Ini adalah ruang yang memerlukan pendengaran,” kata Ketua Serantau TAP, Malena Gong,

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.