Ibu bapa perlu tahu kepentingan sukan elektronik esports

Ibu bapa perlu tahu kepentingan sukan esports

MOHD. Khairuddin Othman (dua dari kiri) berbual dengan majikan berkenaan esports sempena Jelajah Selangor Bekerja 2021 hari ini. - FOTO/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri akan mengadakan kempen untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa betapa pentingnya anak mereka menyertai sukan elektronik esports.

Menurut Exco Generasi Muda dan Modal Insan Selangor, Mohd. Khairuddin Othman, ibu bapa perlu diberi maklumat lengkap tentang esports yang merupakan satu industri yang besar dan berpotensi tinggi termasuk dalam menjana ekonomi.

“Kita akan membuat kempen untuk menyedarkan ibu bapa di negeri ini bahawa sukan elektronik bukan sekadar suka-suka tetapi ia adalah industri yang besar dalam Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 ini.

“Kita akan beri penerangan kepada ibu bapa dan keluarga anak-anak muda ini prospek esports, selain kita akan mengadakan banyak pertandingan esports tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat gerai-gerai majikan sempena Jelajah Selangor Bekerja (JSB) 2021 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

Mohd. Khairuddin berkata, esports bukan sahaja sukan rekreasi tetapi juga mampu menjana pendapatan lumayan bagi pemain profesional.

Mengulas mengenai Bajet Selangor, Mohd. Khairuddin berkata, bajet sebanyak RM14 juta untuk portfolio beliau akan digunakan untuk mengadakan aktiviti berfaedah untuk golongan belia di negeri ini.

“Bagi membuktikan komitmen kerajaan negeri untuk memajukan sukan esports, bajet sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan untuk pembangunan sukan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya