GLC digesa nilai semula proses agihan projek - Utusan Malaysia

GLC digesa nilai semula proses agihan projek

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengesa semua syarikat milik kerajaan (GLC) supaya menilai semula proses pengagihan projek pada peringkat dalaman supaya budaya kartel dalam GLC tidak berlarutan di negeri ini.

Beliau berkata, perkara tersebut seharusnya dihentikan bagi memberi peluang kepada kontraktor dan usahawan bumiputera lain turut mendapat limpahan projek yang diterima oleh GLC.


MUHAMMAD Sanusi Md. Nor  (pegang bendera) melakukan pelepasan peserta pertandingan motosikal lasak di tapak Sukan Lasak, Arasniaga Extreme Park di Sungai Tok Pawang Mukim Semeling, Sungai Petani, Kedah, hari ini. – UTUSAN/NUR SYAZWANA MANSOR

Pada masa sama, beliau meminta pihak berkuasa supaya memberi perhatian mengenai isu kartel di GLC terbabit.

“GLC ditubuhkan oleh kerajaan untuk diberi projek kerajaan bagi membantu kontraktor-kontraktor dan usahawan bumiputera kecil bawah konsep Payung. 

“Bagaimanapun perkara sebaliknya berlaku apabila kebanyakan projek GLC diserahkan kepada kartel-kartel yang dikuasai oleh tauke besar.

“Perkara ini menyebabkan usahawan-usahawan kecil lain tidak dapat peluang untuk projek-projek GLC kerana mereka sudah ada “circle” mereka sendiri,” katanya selepas merasmikan Pembukaan Tapak Sukan Lasak, Arasniaga Extreme Park di Sungai Tok Pawang Mukim Semeling di sini, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN