Gimnasium Rakyat terbiar jadi sarang penagih dadah

Gimnasium Rakyat terbiar jadi sarang penagih dadah

KEADAAN Gimnasium Rakyat 1Malaysia yang ditumbuhi semak akibat tidak dijaga di Teluk Intan, Perak. – FOTO/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Gimnasium Rak­­yat 1Malaysia di Jalan Mah­kamah di sini yang pernah menjadi tumpuan peminat sukan bina badan dan venue pertan­dingan sukan tersebut kini terbiar.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati bangunan gimna­sium itu masih baik namun kawasan persekitarannya tidak dijaga menyebabkan semak samun semakin tinggi.

Siap dibina dan dirasmikan pada tahun 2011, gimnasium itu dilengkapi pelbagai peralatan untuk gim, bilik mandi dan tandas bagi kemudahan pengguna.

Keadaannya yang terbiar menyebabkan kerosakan pada peralatan gimnasium malah difahamkan bangunan itu kini menjadi sarang penagih dadah.

Selain itu, keadaannya yang semak samun merosakkan ke­indahan pemandangan mena­rik Sungai Perak khususnya pemancing dan pelawat yang mahu ke Sungai Burung dari jeti berdekatan.

Bekas Timbalan Pengerusi gimnasium itu, Jasni Abdullah, 59, kesal melihat keadaan gimnasium itu yang terbiar.

Katanya, gimnasium itu pernah menjadi tumpuan ramai untuk melakukan senaman dan penggiat sukan bina badan.

“Saya kecewa melihat kea­daan gimnasium ini selepas pengurusannya diambil alih oleh pihak lain.

“Gimnasium ini sudah lama ditutup dan kini tiada siapa lagi yang menjaganya sehingga di­biarkan naik hutan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, gimnasium itu adalah Gimnasium Rakyat 1Malaysia yang pertama dibina di negeri ini.

Katanya, tidak sepatutnya gim­nasium yang lengkap itu di­biarkan begitu sahaja.

“Saya berharap pihak yang berkenaan menjaga gimnasi­um ini supaya ia dapat digunakan sebaik mungkin untuk masyarakat di sini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN