KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menasihatkan pemain dalam industri seni tanah air tidak memperbesarkan isu gangguan seksual yang berlaku dalam kalangan mereka. Jelasnya kepada Mingguan Malaysia, pemain industri seharusnya lebih mengutamakan hal-hal positif daripada isu-isu terpencil yang didakwa berlaku. “Saya rasa isu itu tak perlu diperbesarkan. Fokus pada perkara positif daripada kes-kes terpencil,” katanya. Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan beberapa pemain industri berhubung…