PETALING JAYA: Pelakon, Sharifah Amani mendedahkan bahawa terdapat kru produksi drama dan filem yang berdepan gangguan seksual di tempat kerja. Katanya, dia mengetahui perkara tersebut selepas mangsa datang kepadanya dan menceritakan sendiri bentuk gangguan yang mereka terima daripada individu-individu yang cuba mengambil kesempatan. “Alhamdulillah, saya belum pernah berdepan situasi seperti ini. Tetapi saya mendengar aduan dan kes melibatkan wanita dan lelaki. “Kebanyakan yang kena adalah kru khususnya wanita. Mereka diganggu…