Galak pelatih Kor Suksis jadikan polis sebagai kerjaya

Galak pelatih Kor Suksis jadikan polis sebagai kerjaya

MUSTAFA Khan Abdul Samat (tiga dari kiri) bersama Mohamed Ridza (dua dari kiri) bergambar bersama pegawai Kor Suksis cemerlang pada Majlis Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Lantikan Pegawai Kor Suksis USIM 2021 di Nilai, Seremban, hari ini. - FOTO/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa menggalakkan para pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (Kor Suksis) bagi menjadikan bidang kepolisan sebagai kerjaya mereka selepas tamat pengajian.

Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM, Datuk Dr. Mustafa Khan Abdul Samat berkata, pihak polis memerlukan mereka untuk menyertai pasukan keselamatan tersebut selepas mereka menjalani latihan lengkap semasa menjadi Kos Suksis.

“Polis memang memerlukan pelatih seperti mereka, ini kerana mereka telah menjalani latihan yang lengkap, kami amat mengalu-alukan penyertaan mereka bagi memartabatkan pusukan polis.

“Pelatih Kor Suksis yang berjaya ini bukan sahaja mempunyai disiplin yang tinggi malah telah menyertai pelbagai latihan kepolisan dan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Lantikan Pegawai Kor Suksis Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2021 di Nilai, di sini hari ini. 

Yang hadir sama, Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Ridza Wahiddin. 

Pada majlis tersebut, seramai 68 orang pelatih Kor Suksis USIM berjaya menamatkan latihan dan telah ditauliah hari ini.

Pada majlis tersebut, pelajar Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Makanan, Muhammad Aiman Syafiq Zaidi, 22, dinobatkan sebagai pelatih terbaik keseluruhan.

Seorang lagi pelajar jurusan yang sama, Suraya Natasha Hassan, 21, dipilih sebagai Anugerah pelatih terbaik akademik manakala pelatih terbaik latihan luar dinobatkan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Kewangan, Muhammad Hariz Anuar,21.

Sementara itu, Mustafa Khan memberitahu, seramai 13,845 pelatih Kor Suksis telah ditauliahkan setakat ini di seluruh negara. 

“Setakat hari ini, seramai 13,845 pelatih Kor Suksis telah ditauliahkan melibatkan 19 universiti induk manakala 13 buah cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN