Gagal cari jodoh, penjawat awam pukul pegawai khidmat pelanggan  - Utusan Malaysia

Gagal cari jodoh, penjawat awam pukul pegawai khidmat pelanggan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berang gagal mencari calon jodoh di sebuah laman web, seorang penjawat awam bertindak memukul seorang wanita dalam kejadian di Jalan 2 Chan Sow Lin, di sini kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku apabila suspek yang berusia 35 tahun ke pejabat wanita iu yang juga pegawai khidmat pelanggan sebelum berlaku perselisihan faham.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara mereka kerana suspek sudah membayar RM2,500 kepada wanita berkenaan untuk mencari calon jodoh di laman sesawang.

Bagaimanapun, katanya, tiada calon jodoh ditemukan dalam masa enam bulan. 

“Suspek menyalahkan wanita itu sebelum membawa mangsa ke dalam lif dan bertindak menyerangnya di dalam lif,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhammad Idzam, mangsa yang mengalami pendarahan di kepala kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

 “Polis sudah mengenal pasti lelaki yang terbabit dalam kejadian itu dan akan memanggilnya bagi memberi keterangan berhubung kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mencederakan orang,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya