'Gadis tanah liat' kini bergelar graduan - Utusan Malaysia

‘Gadis tanah liat’ kini bergelar graduan

NUR Izzati Mohamad Azizi menunjukkan antara miniatur rekaannya ketika ditemui pemberita pada Majlis Konvokesyen USIM ke-19 di Nilai, Seremban.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pernah mendapat perhatian susulan kemahirannya membuat miniatur menggunakan tanah liat polimer, Nur Izzati Mohamad Azizi, 23, merupakan antara graduan yang menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke-19.

Turut dikenali dengan gelaran ‘gadis tanah liat’, Nur Izzati yang menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Fizik Gunaan) berkata, perlu melalui sesi pembelajaran dalam talian akibat penularan Covid-19 pada tahun akhir pengajian diakuinya sangat mencabar.

“Walaupun bidang pengajian ini bukanlah yang diidamkan kerana lebih meminati jurusan seni bina, namun saya tidak berputus asa dan terus menghabiskan empat tahun pengajian.

“Pada tahun akhir memang agak sukar bagi saya dan rakan-rakan kerana pembelajaran dijalankan secara dalam talian, namun Alhamdulillah saya kini telah menamatkan pengajian dan sudah mula bekerja dalam bidang amanah saham,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Nur Izzati sebelum ini mendapat perhatian apabila membuat pelbagai rekaan miniatur menggunakan tanah liat polimer termasuk replika mini bangunan Canselori USIM.

“Sebenarnya, pada peringkat awal saya banyak membuat miniatur berbentuk makanan dan figura karakter kartun dan kemudian berkongsi rekaan miniatur tersebut dalam Instagram. 

“Saya tidak menyangka sama sekali hasil perkongsian berkenaan ramai yang berminat dan ingin menempah miniatur tersebut untuk dijadikan sebagai barang hiasan dan rantai kunci,” katanya yang merupakan anak keempat daripada lapan orang adik beradik.

Nur Izzati menambah, walaupun kini dia sibuk dengan pekerjaan, rekaan sini miniatur tersebut masih lagi diteruskannya sebagai hobi.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya