Felcra komited memacu kelestarian peserta di Sarawak - Utusan Malaysia

Felcra komited memacu kelestarian peserta di Sarawak

Hasbi Habibollah beramah mesra dengan peserta yang hadir pada Majlis Kesyukuran Peserta FELCRA Berhad Kawasan Miri yang bertempat di Dewan Masyarakat Bekenu, Miri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masyarakat diseru akan dapat bersama menzahirkan rasa kesyukuran di atas pembangunan ke arah sasaran Luar Bandar Sejahtera serta usaha-usaha pemulihan yang dipacu negara di kala pandemik Covid-19 demi kelestarian rakyat.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah berkata, pembentangan Bajet 2022 yang menyaksikan Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM10.53 bilion kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan membolehkan lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan di kawasan luar bandar.

Katanya, keprihatinan dan kesungguhan Kerajaan untuk mencapai keseimbangan dalam pembangunan luar bandar dan bandar adalah selaras dengan nilai-nilai aspirasi Keluarga Malaysia, iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran, yang telah dipupuk di kalangan peserta FELCRA seluruh Negara sejak 1966, dan sejak 1987 khususnya di Sarawak melalui Projek RASCOM.

“Walaupun seluruh dunia terduga dengan cabaran pandemik Covid-19, Kerajaan Persekutuan komited dalam memacu pemulihan ekonomi di seluruh Negara agar rakyat dapat kembali menikmati kesejahteraan. Sejumlah RM10.53 bilion yang diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam Bajet 2022 pastinya akan menyokong pembangunan sosio-ekonomi serta mewujudkan persekitaran kehidupan luar bandar yang sejahtera selaras Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030.

“Di Sarawak, FELCRA Berhad merupakan antara agensi di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang telah berjaya membangunkan seluas 47,731 hektar tanaman komoditi sawit, yang memberikan impak pembangunan kepada sejumlah  20,307 orang Peserta Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P), yang turut merangkumi Peserta Ladang Rakyat dan Ladang Sejahtera,” katanya ketika berucap di Majlis Kesyukuran Peserta FELCRA Berhad Kawasan Miri.

Khusus bagi Kawasan Miri, kata Hasbi, Felcra Berhad telah membangunkan lebih dari 930 hektar tanah bermula tahun 1996, menyantuni lebih 550 Peserta dan keluarga mereka dan meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat.

“Alhamdulillah, Felcra Berhad dapat mengagihkan keuntungan Interim 1 dan 2 bagi tahun 2021 berjumlah RM 3.02 juta kepada Peserta-Peserta di projek-projek berhasil di Bungai Mummong, Kg. Keluru, Kg. Pejuang Kelulit, Kg. Sepupuk dam Sg. Entulang.

“Semoga aspirasi Perdana Menteri untuk Membandarkan Luar Bandar turut mendorong pembangunan yang bermakna buat semua Rakyat Malaysia, InshaaAllah.” katanya.

Hasbi juga menyeru kepada para tetamu yang hadir agar menetapkan hati dan pendirian demi mengekalkan kemakmuran dan kesejahteraan Negara kita ini, dan mensyukuri kesejahteraan yang telah dibina bersama.

Pada majlis itu beliau turut menyantuni 100 orang pelajar dengan Pek Kembali Ke Sekolah berupa peralatan persekolahan, serta berkongsi Pek Prihatin Keluarga FELCRA berupa bakul makanan asas bersama 50 orang ibu tunggal dan 50 orang Warga Emas dari projek-projek Felcra sekitar Miri.

Sumbangan yang bernilai sekitar RM 20,000 ini diharapkan dapat meringankan kesan pandemik kepada para penerima, dan dapat memberi mereka semangat untuk bersama memacu pembangunan kembali ekonomi
Negara dan masyarakat mereka khususnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya