Fathul Bari dilantik Pengerusi PR1MA baharu - Utusan Malaysia

Fathul Bari dilantik Pengerusi PR1MA baharu

FATHUL BARI MAT JAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya dilantik Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang baharu berkuat kuasa 12 November lalu menggantikan Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Mohd. Nazri Md. Shariff berkata, pelantikan Fathul Bari itu diyakini akan memacu perkembangan perbadanan itu yang kini di landasan kukuh selari dengan misi yang dimandatkan iaitu menyediakan kediaman mampu milik dan berkualiti tinggi untuk rakyat berpendapatan pertengahan.

Ia berdasarkan pengalaman luas beliau dalam sektor korporat antaranya Pengerusi  Dewan Perniagaan Industri Malaysia-Asia Barat (MyMEC) sejak 2017; Pengerusi Eksekutif Prime Care Medical Center Sdn. Bhd. dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sejak 2020.

Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengurusan (ALP) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak 2020, serta pelbagai penglibatan dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan.

“Terkini, beliau dilantik sebagai  Pengerusi Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa (IKAF),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fathul Bari memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Hadis daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN