Enam suspek bunuh ah long didakwa esok - Utusan Malaysia

Enam suspek bunuh ah long didakwa esok

MAYAT seorang lelaki berusia 47 tahun terbaring dilitupi kain putih sebelah sebuah pacuan empat roda yang maut akibat ditetak selepas makan bersama anaknya di sebuah restoran di Bandar Bukit Tinggi di Klang, Selangor pada 6 November lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Enam suspek termasuk dua remaja akan didakwa di Mahkamah Klang esok atas tuduhan bunuh serta bersubahat membunuh seorang lelaki dipercayai ah long pada 6 November lalu di Lorong Batu Nilam 27A, Bandar Bukit Tinggi, Klang.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal yang memberitahu pendakwaan dilakukan terhadap suspek yang berusia 18 hingga 43 tahun itu selepas mendapat perintah daripada Timbalan Pendakwa Raya.

“Empat suspek berusia 18, 19, 27 dan 36 tahun akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Dua lagi suspek berusia 38 dan 43 tahun pula didakwa bersubahat akan dituduh secara berasingan mengikut Seksyen 109 yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati di bawah kedua-dua seksyen berkenaan.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan seorang pemberi pinjaman wang atau ah long berusia 47 tahun maut ditetak selepas makan bersama anaknya di sebuah restoran di Bandar Bukit Tinggi.

Mangsa dikatakan di serang tiga lelaki bersenjatakan parang ketika membuka pintu kereta Toyota Vellfire miliknya selepas meninggalkan restoran terbabit.

Dua daripada mereka bertindak menetak mangsa yang kemudian melarikan diri sebelum rebah di berhampiran sebuah pacuan empat roda berhampiran tempat kejadian sebelum meninggal dunia.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya