Empat teras, 12 agenda utama digaris dalam Belanjawan Johor 2022 - Utusan Malaysia

Empat teras, 12 agenda utama digaris dalam Belanjawan Johor 2022

HASNI Mohammad ketika membentangkan Belanjawan Johor 2022 yang bertemakan Memperhebat Kesejahteraan Johor pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Belanjawan Johor 2022 menggariskan empat teras dan meneruskan 12 agenda utama bagi menyerlahkan usaha kerajaan negeri memberi suntikan dan lonjakan baharu kepada pertumbuhan Johor yang mapan dari segi ekonomi, sosial, fizikal serta berdaya tahan.

Bertemakan Memperhebat Ke­sejahteraan Johor, belanjawan yang dibentang Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad bersifat inklusif merangkumi pelbagai aspek kemasyarakatan terutama bagi membantu mereka yang terkesan akibat Covid-19.

Hasni berkata, empat teras berkenaan adalah Memperkasakan Perlindungan Sosial dan Pemberdayaan Modal Insan, Mempertingkatkan Jaminan Bekalan Makanan Johor, Memperluas Pendigitalan dan Memperbaharui Ekosistem Pe­laburan dan Ekonomi Hijau.

“Kerajaan negeri sangat bersimpati dengan rakyat Johor yang kehilangan ahli keluarga tersayang akibat pandemik Co­vid-19 terutama anak-anak mu­da. Keperitan hidup yang dihadapi oleh anak-anak ini tidak dapat saya bayangkan kerana terpaksa membesar tanpa kasih sayang ibu dan bapa.

“Maka, di bawah teras Memperkasakan Perlindungan Sosial dan Pemberdayaan Modal Insan, kerajaan negeri menyediakan sebanyak RM3 juta untuk me­laksanakan inisiatif Anak Ang­kat Makmur Johor yang bakal diterajui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim bagi menyantuni masa depan anak-anak yatim piatu,” katanya.

Hasni (BN-Benut) berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Johor 2022 pada Persida­ngan Keempat Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Johor Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini semalam.

Menurut Hasni, kerajaan nege­ri akan memberi bantuan kepada golongan isi rumah untuk menangani jangkitan Co­vid-19 dengan mengagihkan kit ujian kendiri melalui peruntukan sebanyak RM6 juta.

Terdahulu, sebanyak RM870 juta diperuntukkan sebagai anggaran perbelanjaan pembangunan pada tahun depan di samping unjuran hasil Johor yang disasarkan sebanyak RM1.67 bilion, manakala unjuran perbelanjaan pula adalah sebanyak RM1.95 bilion.

Sejumlah RM1.08 bilion tidak termasuk caruman kepada pelbagai Kumpulan Wang Amanah turut diperuntukkan bagi tujuan belanja mengurus.

Pecahan perbelanjaan belanja mengurus bagi Emolumen adalah sebanyak RM549.89 juta, Perkhidmatan dan Bekalan (RM319.00 juta), Aset (RM22.67 juta), Pemberian dan Kenaan Johor Prihatin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN